Title
Piala Pusingan
Konvensyen KMK Peringkat ITM
            Konvensyen KMK Peringkat ITM
Description
Gambar ini memaparkan sebuah piala pusingan yang dianugerahkan bagi Konvensyen Kumpulan Mutu Kerja (KMK) peringkat Institut Teknologi MARA (ITM).
Piala ini dianjurkan oleh Bahagian Latihan & Biasiswa, Pejabat Pendaftar ITM, bertujuan mengiktiraf pencapaian kumpulan yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam mempertingkatkan mutu kerja, inovasi, dan keberkesanan proses kerja di ITM.
KMK telah diamalkan di UiTM sejak 1985 dan terbukti mampu menghasilkan penyelesaian masalah kerja serta inovasi sistem kerja. Pada tahun 2006, KMK ditukar nama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang diterima sebagai alat pengurusan mudah difahami dan dilaksanakan oleh semua peringkat staf. KIK menumpukan kepada penyelesaian punca masalah, penambahbaikan proses sedia ada, serta pengenalan proses, produk atau perkhidmatan baharu yang memberi nilai tambah kepada sistem penyampaian secara kreatif dan inovatif.
Sejak tahun 1985, Pejabat Pendaftar telah bertanggungjawab menganjurkan konvensyen KMK dan KIK sehingga tahun 2008 apabila Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (INQKA) menggalas tanggungjawab tersebut sehingga kini.

Date
n/a
            Contributor
Pejabat Pendaftar
            Type
Metal
            Added by  Roszainatul Haizan Binti Rusili