Shah Alam, 13 November 2024 – Perpustakaan INTEC telah berjaya menyerahkan sebanyak 207 rekod penting universiti kepada Bahagian Arkib Universiti. Penyerahan rekod penting ini mencerminkan komitmen PTJ dalam memastikan pemeliharaan rekod yang bernilai sejarah dan strategik untuk kelangsungan institusi. Rekod-rekod ini akan disimpan dengan teliti dan diurus secara sistematik bagi tujuan rujukan masa depan serta penyelidikan. Penghantaran ini adalah amat signifikan kerana ia menyumbang kepada pengukuhan integriti institusi dan memastikan semua rekod yang penting dilindungi daripada risiko kehilangan atau kerosakan. Pengurusan rekod yang cekap ini juga memastikan UiTM terus mematuhi piawaian undang-undang dan menyokong pengurusan pengetahuan universiti secara menyeluruh.