Kunjungi GTAR

Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang (ditutup pada hujung minggu dan cuti umum). Masuk adalah percuma!

Berikut adalah garis panduan yang perlu dipatuhi semasa berada di GTAR untuk memastikan keselamatan para pelawat:

  1. Kemasukan secara jumpa terus atau ‘walk-in’ dibenarkan.
  2. Tempahan awal melalui e-mel diperlukan bagi lawatan berkumpulan sekiranya jumlah peserta melebihi 20 orang.
  3. Untuk tujuan keselamatan, GTAR dipantau dengan pengawasan CCTV.
No events
January 2025
M T W T F S S
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

Hubungi

Etika Galeri

Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) mempunyai hak untuk tidak membenarkan pelawat memasuki premis ini sekiranya didapati melanggar peraturan. Peraturan ini adalah bagi memastikan semua pengunjung memperolehi pengalaman menarik sepanjang lawatan ke Galeri.

Menyentuh

Pengunjung dilarang menyentuh karya seni/artifak yang dipamerkan di galeri. Sentuhan boleh merosakkan karya seni/artifak. Pastikan jarak selamat sekurang-kurangnya 3 langkah antara anda dan setiap karya seni/artifak.

Hilang dan jumpa

Sekiranya terjumpa barang yang ditinggalkan oleh pengunjung lain, sila serahkan dengan segera ke kaunter Galeri atau anggota keselamatan yang bertugas. Barang-barang hilang yang tidak dituntut akan dimusnahkan selepas satu bulan. Sila hubungi kami di talian +603-5544 3205 untuk sebarang pertanyaan.

Fotografi dan Videografi

Fotografi dan Video hanya dibenarkan bagi tujuan bukan komersial. Penggunaan cahaya kamera adalah tidak dibenarkan di Galeri. Sebarang aktiviti penggambaran lain memerlukan kelulusan daripada pihak pengurusan Galeri Tun Abdul Razak (GTAR). Aksesori kamera termasuk tripod dan monopod tidak dibenarkan.

Bunyi bising

Sila bertutur dengan nada yang rendah supaya tidak mengganggu pengunjung lain bagi menghayati bahan pameran di Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) ini.

Kod pakaian

Pengunjung dinasihatkan untuk berpakaian sopan dan bersesuaian serta tidak digalakkan untuk memakai selipar atau kasut yang bertapak licin bagi mengelakkan daripada terjatuh.

Bermain

Kanak-kanak hendaklah sentiasa diawasi oleh orang dewasa. Dilarang berlari, menolak atau melakukan aktiviti-aktiviti lasak yang boleh merosakkan bahan pameran serta membahayakan pengunjung yang lain.

Haiwan peliharaan

Dilarang membawa masuk haiwan peliharaan ke Galeri.