Shah Alam, 14 November 2024 – Satu sesi perbincangan penting telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Arkib Universiti (BARU) berkenaan pelaksanaan sistem Pengurusan Rekod Elektronik DDMS 2.0. Perbincangan ini dihadiri oleh Dr. Wan Ismahanini, Timbalan Pendaftar Kanan dari Pejabat Naib Canselor. Acara berlangsung dari jam 2:30 petang hingga 4:45 petang. Tujuan utama perbincangan adalah untuk membincangkan pelaksaan DDMS 2.0, sistem pengurusan dokumen elektronik yang direka untuk mempermudahkan pengurusan rekod universiti secara digital. Sistem ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam pemeliharaan, akses, dan keselamatan rekod elektronik UiTM, serta memastikan pematuhan kepada piawaian pengurusan rekod yang terkini. Diharapkan dengan pelaksanaan DDMS 2.0, pengurusan rekod UiTM akan menjadi lebih sistematik dan berkesan. Ini akan menyokong usaha universiti untuk menggunakan teknologi digital dalam pengurusan operasi.