Berita

Lawatan dari SK Seksyen 7, Shah Alam dan SK Bandar Anggerik

Lawatan dari SK Seksyen 7, Shah Alam dan SK Bandar Anggerik

Shah Alam, 3 Disember 2024 – Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) telah menerima kunjungan daripada murid tahun 5 dan 6 dari SK Seksyen 7, Shah Alam dan SK Bandar Anggerik. Lawatan ini merupakan salah satu daripada aktiviti dalam program “UiTM-ESRI GIS Day 2024” anjuran Bidang Sains Ukur dan Geomatik, Pengajian Sains Geomatik dan Sumber Alam, Kolej Pengajian Alam Bina. Lawatan ini dipandu oleh Encik Harun Al-Rashid Bin Bahrin, Penolong Kurator Kanan dan Cik Noorbaizura Binti Mazlan, Pembantu Pustakawan Kanan. Rata-rata murid dan guru pengiring berasa teruja apabila melihat setiap pencapaian dan penceritaan yang disampaikan dalam sesi ini.