Galeri Tun Abdul Razak (GTAR) menerima kunjungan daripada kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang. Kunjungan ini dalam rangka lawatan penandaarasan ke Bahagian Arkib Universiti, UiTM dan diketuai oleh Perpustakaan Al-Bukhari bersama 33 orang pegawai Rekod Jabatan dari pelbagai jabatan. Diharapkan lawatan kali ini akan memberi input berharga untuk Pegawai Rekod Jabatan terutamanya dalam mengendalikan rekod penting universiti di peringkat cawangan.