Berita

Bahagian Governan dan Sekretariat Universiti Serah Rekod Penting Universiti

Bahagian Governan dan Sekretariat Universiti Serah Rekod Penting Universiti

Shah Alam, 22 Oktober 2024 – Bahagian Governan dan Sekretariat Universiti, Pejabat Pendaftar UiTM, telah berjaya menyerahkan sebanyak 207 rekod penting universiti kepada Bahagian Arkib Universiti. Penyerahan rekod penting ini mencerminkan komitmen UiTM dalam memastikan pemeliharaan rekod yang bernilai sejarah dan strategik untuk kelangsungan institusi. Rekod-rekod ini akan disimpan dengan teliti dan diurus secara sistematik bagi tujuan rujukan masa depan serta penyelidikan. Penghantaran ini adalah amat signifikan kerana ia menyumbang kepada pengukuhan integriti institusi dan memastikan semua rekod yang penting dilindungi daripada risiko kehilangan atau kerosakan. Pengurusan rekod yang cekap ini juga memastikan UiTM terus mematuhi piawaian undang-undang dan menyokong pengurusan pengetahuan universiti secara menyeluruh.